Suasana di sekitar War Room, BN Command Centre bagi menanti keputusan undian sempena PRN Melaka di MITC Ayer Keroh hari ini. Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!

[TIDAK RASMI] BN-PN umum ‘menang’ 20 kerusi DUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mengumumkan berjaya ‘memenangi’ 20 daripada keseluruhan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang memaklumkan parti itu berjaya melepasi kemenangan di 20 kerusi menerusi sistem First-Past-The-Post (FPTP).

Sistem terbabit FPTP menetapkan calon yang memperoleh undi tertinggi di sesuatu kawasan pilihan raya diisytiharkan sebagai pemenang kerusi berkenaan.

Pencapaian itu menyaksikan BN memperoleh lebih daripada majoriti mudah 15 kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri.

Antara DUN yang diisytiharkan menang secara FPTP adalah Tajung Bidara, Merlimau, Duyong, Rim, Kuala Linggi, Ayer Limau, Lendu, Rembia, Gadek, Machap Jaya, dan Pengkalan Batu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN