KANE akan terus menjadi sandaran England untuk merobek gawang Sepanyol bagi melunaskan misi membalas dendam dan merampas kedudukan pendahulu. - AFP

NL: England mahu rampas takhta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MADRID – Keyakinan tinggi mengiringi kem England menjelang aksi penentuan menentang Sepanyol pada aksi terakhir Liga A3 menentang juara dunia, Sepanyol, awal pagi esok.

Pengendali The Three Lions, Thomas Tuchel percaya ia menjadi detik berbeza berbanding kemenangan 2-1 ke atas Croatia, namun yakin anak buahnya mampu mencipta keputusan positif ke atas La Roja untuk menamatkan aksi sebagai juara kumpulan.

“Segala-galanya akan berbeza. Situasi dan pendekatan permainan juga berbeza sepenuhnya, tetapi saya sangat positif bahawa kami mampu mendapatkan apa yang dihajati,” katanya.

Pada aksi pertama kedua-dua pasukan, September lalu, England terpaksa akur tewas 2-3 kepada Sepanyol.

Namun dalam empat perlawanan selepas itu, England kembali garang dengan meraih empat kemenangan, malah tampil tajam apabila merekodkan 14 gol dan hanya melepaskan satu jaringan sekali gus sudah pun mengesahkan tempat ke suku akhir.

Kapten England, Harry Kane percaya semua pemain sudah bersedia untuk berdepan cabaran selepas ini dan menyifatkan pertemuan tersebut sebagai peluang terbaik untuk membuktikan kemampuan sebenar pasukannya selepas gagal memanfaatkan peluang pada aksi pertama.

“Tanpa sebarang keraguan, matlamat kami adalah untuk menamatkan saingan di tempat pertama. Selepas perlawanan pertama, apabila kami tewas kepada mereka di tempat sendiri, kami sedar bahawa kami sebenarnya mampu memberikan prestasi yang jauh lebih baik.

“Kami berkata kepada diri sendiri ‘mari kita menang semua perlawanan sehingga pertemuan seterusnya dan lihat apa yang akan berlaku’. Kini kami mempunyai peluang terbaik untuk membuktikan kemampuan sebenar kami,” tegas penyerang itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN