Tangkap layar rakaman memaparkan seekor kucing oren sedang menyusu pada seekor anjing dengan ekornya ditarik anak anjing dikongsi @misssykra di Threads.

[VIDEO] Oyen buat hal selamba menyusu dengan anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Gelagat kucing oren yang didakwa menyusu pada seekor anjing mencuri perhatian pengguna media sosial apabila haiwan itu dilihat selamba ‘menumpang kasih’ dengan anjing berkenaan.

Menerusi perkongsian di Threads @misssykra, kucing oren terbabit dilihat sedang menyusu pada seekor anjing yang berbaring di atas lantai dan menganggap anjing berkenaan sebagai ibunya.

Lebih mencuit hati, seekor anak anjing berwarna putih turut menghampiri mereka sebelum menarik ekor kucing tersebut menambahkan lagi gelagat lucu antara kedua-dua haiwan berkenaan.

Telatah si oyen itu mengundang pelbagai reaksi lucu dalam kalangan netizen yang rata-rata terhibur dengan perangainya yang disifatkan tidak mengenal tempat.

“Semua oyen ke macam ni? Oyen aku pun macam ni, pergi menyusu dekat kucing jantan aku yang lagi satu,” komen @nnykml_.

“Kau salah mak ni, Yennnn. Balik!” seloroh @aliazahra12..

“Tu susu mak puppy (anak anjing) la oyen oi. Awak bukan puppy (anak anjing),” komen pengguna lain.

Malah, ada juga netizen yang berseloroh mengatakan kucing berkenaan sudah tersalah memilih ‘ibu’ untuk mendapatkan susu.

“Pastu dah minum susu anjing tu, kau dah tak halal cing,” tulis @tiraraaa_ pula. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN