Najib berbaju kurta biru ketika hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Selasa lalu sebelum dibenarkan menjalani tahanan di rumah. Foto oleh Sadam Yusof/KOSMO!

Najib gembira, lega sebaik tiba di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat gembira dapat kembali bertemu isteri dan ahli keluarga lain selepas empat tahun terpisah, kata anaknya, Nooryana Najwa.

Menurutnya, kepulangan bapanya untuk menjalani tahanan di rumah juga memberi kelegaan kepada bekas Perdana Menteri itu sebaik menjejakkan kaki ke rumah.

“Kami sekeluarga amat bersyukur kerana Datuk Seri Najib pulang ke rumah dan sudah memulakan proses tahanan rumah. Beliau tiba dalam keadaan selamat dan sihat.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kami semua kepada pihak penjara yang menjaga beliau dengan baik,” katanya ketika ditemui di Command Centre Parlimen Tangga Batu di sini, hari ini.

Nooryana Najwa yang juga Ketua Penerangan Puteri UMNO berkata, keluarganya akur dan menghormati semua syarat ditetapkan pihak penjara berhubung pelaksanaan tahanan di rumah terhadap bapanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN