PRABOWO bercakap dalam sidang akhbar bersama Presiden Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi di Istana Merdeka, Jakarta pada 11 Oktober lalu. – AFP

Prabowo tokoh Muslim paling berpengaruh dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA –  Presiden Indonesia,  Prabowo Subianto tersenarai dalam daftar 50 individu Muslim paling berpengaruh di dunia, demikian  menurut The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslims 2027 seperti dilaporkan laman berita Detik com hari ini.

Dalam penerbitan yang dikeluarkan oleh The Royal Islamic Strategic Studies Centre (RISSC), Prabowo berada di kedudukan ke-16.

The Muslim 500 merupakan penerbitan tahunan yang mengenal pasti tokoh Muslim mempunyai pengaruh signifikan kepada masyarakat Islam dan dunia secara keseluruhan. 

Pengaruh itu merangkumi pelbagai bidang melangkaui politik seperti budaya, ideologi, ekonomi, agama, dan aspek sosial yang lain.

Dalam pengenalan penerbitan tersebut, RISSC menjelaskan bahawa pengaruh seseorang itu berpunca daripada keupayaannya untuk membawa perubahan yang memberikan impak besar kepada dunia Islam.

Impak tersebut termasuk  positif atau negatif, bergantung kepada sudut pandangan masing-masing.

Oleh itu, kemasukan seseorang tokoh dalam senarai tersebut tidak semestinya bermakna RISSC menyokong semua pandangan atau dasar mereka. 

Penerbitan itu  bertujuan untuk mengukur sejauh mana tahap pengaruh seseorang individu Muslim.

Prabowo dinilai mempunyai pengaruh yang besar menerusi jawatannya sebagai Presiden Indonesia serta dasar-dasar yang dilaksanakan oleh pentadbiran beliau. 

Salah satu agenda utamanya ialah Visi Indonesia Emas 2045, yang memberi keutamaan kepada pembangunan industri, pendidikan, serta keterjaminan makanan, tenaga, dan air. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN