EMERY dilapor menjadi pilihan pemain United ketika pengurus dari Sepanyol itu sedia untuk melanjutkan kontrak baharu di Villa Park. - AFP

EPL: Pemain Man. United tolak Pochettino

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pihak pengurusan Manchester United berdepan satu lagi dilema ketika mereka berada pada fasa terakhir untuk membuat keputusan sama ada memecat Michael Carrick atau sebaliknya.

Beberapa nama sudah berada dalam senarai untuk dilantik sebagai pengendali baharu sekiranya Carrick dipecat dengan Ketua Jurulatih Amerika Syarikat, Mauricio Pochettino berada pada kedudukan teratas senarai.

Di bawah kendalian Carrick, United hanya mencatatkan tiga kemenangan daripada 15 perlawanan pertama mereka musim ini menyebabkan pihak pengurusan percaya perubahan pengendali perlu dilakukan.

Bagaimanapun, timbul spekulasi bahawa beberapa pemain yang berpengaruh di Old Trafford sebenarnya mengharapkan nama lain akan dinamakan sebagai pengendali baharu berbanding Pochettino sekiranya Carrick dipecat.

Laporan menyebut, nama Pengurus Aston Villa, Unai Emery lebih menjadi pilihan untuk mengemudi pasukan itu biarpun pengendali dari Sepanyol itu mengumumkan komitmennya untuk terus kekal di Villa Park.

“Dengan kebanyakan pemain United kini sedang bersama pasukan kebangsaan masing-masing, difahamkan bahawa skuad tersebut menjangkakan Pochettino akan menjadi pengurus baharu mereka apabila mereka kembali.

“Bagaimanapun, sebilangan pemain sebenarnya berharap agar pengurus Aston Villa, Unai Emery, dilantik ke jawatan tersebut, tetapi pengendali dari Sepanyol itu kini sedang mengadakan rundingan dengan Villa mengenai lanjutan kontraknya,” menurut laporan itu.

Sementara itu, bekas pertahanan Liverpool, Dejan Lovren mengakui beliau tidak menjangkakan Pochettino akan menerima tawaran untuk mengendalikan Man Utd.

“Saya mengenali Mauricio Pochettino dengan sangat baik dan saya tahu perkara yang disukainya, tetapi saya tidak dapat membayangkan beliau mengendalikan United.

“Beliau seorang yang cukup bijak dan tahu apa yang sedang berlaku di sekeliling kelab itu. Jelas sekali, terdapat masalah yang jauh lebih besar daripada sekadar menukar pengurus,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN