TUDUNG dan pakaian seorang warga emas dikoyakkan selepas dia dituduh mencuri di sebuah pasar di wilayah Jawa Barat. – AGENSI

Tudung nenek dikoyak kerana curi mi segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Satu klip video menunjukkan seorang nenek dikasari orang ramai di Pasar Saptu, Desa Situ Udik dalam wilayah Jawa Barat menjadi tular di media sosial, lapor laman berita VOA Bogor semalam.

Warga emas itu didakwa mencuri barang daripada seorang peniaga sebelum ditangkap oleh penduduk dan diperlakukan dengan kasar, termasuk pakaian dan tudungnya dikoyakkan.

Kejadian itu diketahui berlaku pada Sabtu  lalu.

Berdasarkan maklumat polis, wanita berumur 60 tahun yang dikenali dengan singkatan nama  RU  itu ditangkap ketika mengambil sandal dari kedai milik seorang peniaga bernama Didah.

Insiden itu mencetuskan kemarahan orang ramai yang berada di lokasi kejadian.

Video tular itu memaparkan  nenek berkenaan dikelilingi oleh beberapa lelaki dan dibawa  keluar dari kawasan pasar.

Seorang lelaki malah  menanggalkan tudung RU dan memotong bahagian atas pakaiannya dengan pisau.

Kejadian itu mendapat perhatian orang ramai kerana dakwaan kecurian itu akhirnya membawa kepada keganasan terhadap seorang wanita warga emas.

Ketua Polis Cibungbulang, Pesuruhjaya Suyoko berkata, barangan yang didakwa dicuri termasuk lapan paket minyak masak, mi segera, tempe, bawang putih, cili, bebola daging, bahan pencuci, sabun buku dan sandal. 

Semua barang curi telah dipulangkan kepada pemiliknya. 

Polis kemudian mengesan RU untuk mengesahkan identiti dan keadaannya. 

Hasil siasatan lanjut, Suyoko menyatakan bahawa RU didakwa mencuri akibat kesempitan hidup. 

Suaminya dilaporkan jatuh sakit selama empat tahun, memerlukan RU  untuk menguruskan rumah tangga dan menjaganya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN