Najib yang berbaju kurta biru ketika ketika hadir di Mahkamah Tinggi hari ini. Foto oleh SADAM YUSOF/KOSMO!

Najib lega dapat jalani baki hukuman di rumah – Peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pihak pembelaan memaklumkan Datuk Seri Najib Tun Razak berasa lega selepas Mahkamah Tinggi memutuskan beliau menjalani baki hukuman penjara dalam kes SRC International Sdn Bhd menerusi tahanan rumah di kediamannya di Langgak Duta di sini secara serta merta.

Peguam, Tan Sri Mohamed Shafee Abdullah berkata perintah yang dikeluarkan mahkamah hari ini adalah satu keputusan yang dinantikan.

​”Ia satu kelegaan muktamad yang besar bagi beliau. Saya fikir beliau layak mendapat perintah ini kerana telah melepasi lebih 50 peratus tempoh pemenjaraan,” kata peguam itu selepas prosiding hari ini.

​Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa perintah tahanan rumah ini masih berstatus pemenjaraan di bawah undang-undang.

​”Beliau tetap tidak boleh meninggalkan rumah melainkan mendapat kebenaran khas atau atas sebab-sebab tertentu yang munasabah,” katanya lagi.

Sementara itu, ​berhubung terma syarat khususnya berhubung tahanan rumah berkenaan, pihak peguam dan wakil beliau maklum bahawa perincian penuh akan dibacakan kepada Najib di penjara kelak.

Dalam pada itu, Mohamed Shafee turut memberitahu, pihak pembelaan merakam setinggi penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong kerana telah mempertimbang dengan teliti berhubung permohonan perintah penjara di rumah.

Terdahulu media melaporkan Najib akan menjalani baki hukuman penjara dalam kes SRC International Sdn Bhd menerusi tahanan rumah di kediamannya di Langgak Duta di sini secara serta merta.

Ia selepas Hakim Datuk Aslam Zainuddin hari ini mengeluarkan perintah pelepasan baharu sekaligus membatalkan perintah pelepasan yang dikeluarkan pada 6 November lalu terhadap bekas Ahli Parlimen Pekan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN