Perkongsian pengguna Threads berhubung situasi di Plaza Tol Setia Alam ketika ini.

[VIDEO] ‘Berapa lama nak kena sidai dekat Tol Setia Alam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengguna lebuh raya meluahkan rasa tidak puas hati apabila semua lorong di Plaza Tol Setia Alam dilaporkan tidak dapat digunakan, sekali gus menyebabkan puluhan kenderaan terkandas.

Semalam Kosmo! di media sosial, beberapa pengguna mendakwa kesemua lorong tol berkenaan mengalami masalah sehingga menyukarkan kenderaan untuk meneruskan perjalanan.

Menerusi perkongsian pengguna Threads @anuaranie83, dia mempersoalkan tempoh mereka perlu menunggu susulan kejadian itu.

“Sudah, tol pun dah kena hack (godam) ke? Ingat bank sahaja yang kena. Habis satu tol, semua lorong tak boleh lalu. Siapa yang ada dekat Tol Setia Alam ini? Berapa lama kena sidai?

“Baru jadi tadi. Semua lorong habis tak boleh lalu. Dah kena hon baru kelam-kabut orang tol keluar tengok,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna @haniza_razali turut mempersoalkan kemungkinan berlakunya serangan siber sehingga menyebabkan gangguan operasi di plaza tol berkenaan.

“Tol Setia Alam kena cyber attack (serangan siber) ke ni. Satu loring sahaja hijau,” katanya.

Beberapa pengguna lain turut berkongsi kebimbangan mengenai punca kesesakan yang berlaku, malah ada yang meminta penjelasan berhubung gangguan tersebut kerana bimbang terlewat tiba ke destinasi.

“Info gais kenapa jem dekat Tol Setia Alam ni. Jangan kata banjir lah depan ni, nak ke Petalung Jaya ni,” tulai @alieynakechik.

“Tol Setia Alam problem (bermasalah),” kata @hafiz_daniel20z

Bagaimanapun, punca sebenar gangguan operasi di Plaza Tol Setia Alam itu belum dapat dipastikan dan tiada sebarang kenyataan rasmi dekeluarkan oleh pihak terlibat. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN