KERETA Yangwang U9 Xtreme milik BYD diuji atas litar ujian. - BYD

Berdesup!U9 Xtreme lepasi kelajuan 500km/j

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUBAI – Kereta supercar Yangwang U9 Xtreme keluaran  gergasi automotif  China, BYD, muncul kereta pengeluaran massa pertama  dunia  melepasi kelajuan 500 kilometer sejam (km/j), lapor laman berita VNExpress. 

Dalam sesi ujian di sebuah lebuh raya tertutup di Abu Dhabi pada 1 November lalu, jentera berkuasa elektrik itu mencatatkan kelajuan luar biasa 503.17 km/j di bawah kendalian pelumba profesional Jerman, Marc Basseng. 

Pencapaian tersebut memadamkan rekod terdahulu miliknya iaitu 496.22 km/j yang dicatatkan di Jerman, September lalu.

Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) secara rasmi mengiktiraf rekod  itu bagi kategori kereta pengeluaran massa.

U9 Xtreme dikuasakan oleh empat motor elektrik yang menjana sehingga 3,019 kuasa kuda, lebih dua kali ganda berbanding varian asas Yangwang U9. 

BYD mengesahkan pengeluaran model hiper itu terhad kepada 30 unit sahaja di seluruh dunia.. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN