Ketiga-tiga mangsa maut selepas berteduh di bawah pokok di Bandar Baru Salak Tinggi, petang tadi.

Tiga maut disambar petir: Identiti dikenal pasti libat dua beradik, sepupu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Identiti tiga mangsa maut disambar petir di Bandar Baru Salak Tinggi, di sini, petang tadi telah dikenal pasti.

Mereka yang maut termasuk dua beradik iaitu Mohd. Sahrif Marusin, 26, yang bekerja sebagai pencuci kapal terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan adiknya, Mohd. Ahzam, 16.

Seorang lagi mangsa yang maut dalam kejadian sama dikenali sebagai Mohd. Safwan Aksan, 18, dipercayai sepupu dua beradik tersebut.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman ketika dihubungi sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.34 petang di padang awam berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang itu, ketiga-tiga mangsa disahkan maut oleh pegawai perubatan Hospital Putrajaya.

Ketiga-tiga mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di bawah sebatang pokok.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa klip video memaparkan tiga jasad yang sudah bertutup dengan kain batik terbaring di bawah pokok.

Difahamkan, ketiga-tiga mangsa berada di lokasi kejadian selepas kereta dinaiki rosak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN