JAKARTA – Penghuni sebuah rumah di Indonesia terkejut apabila kediaman mereka dipenuhi berjuta-juta kelkatu.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan beberapa individu membalut diri mereka dengan selimut panjang ketika ruang tamu mereka ‘diserang’ kelkatu.
Selain berterbangan di udara, kelkatu itu turut berkeliaran di lantai dan hinggap di makanan.
Rakaman itu mencatatkan lebih 119,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Matikan lampu di dalam rumah supaya kelkatu keluar,” kata seorang netizen.
“Tanda musim hujan,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
















