Keadaan mangsa yang maut selepas disambar petir di Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang, hari ini.

[KEMAS KINI] Polis sahkan tiga maut disambar petir di Salak Tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG- Tiga individu maut selepas disambar petir dalam kejadian yang berlaku di Bandar Baru Salak Tinggi, di sini, petang ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman ketika dihubungi mengesahkan insiden berkenaan.

“Betul,” katanya ringkas ketika dihubungi bagi mengesahkan kejadian itu.

Difahamkan, kejadian berlaku di padang awam berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang.

Sebelum itu, tular di media sosial beberapa klip video memaparkan tiga jasad yang sudah bertutup dengan kain batik terbaring di bawah pokok.

Difahamkan, ketiga-tiga mangsa berada di lokasi kejadian selepas kereta dinaiki rosak.

Buat masa ini, Kosmo! difahamkan mangsa dibawa ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang untuk tindakan lanjut.

Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN