GOMBAK – Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dalam pelaksanaan Program Operasi Percubaan bagi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), sekarang ini.
Ia merupakan fasa terakhir persiapan operasi menjelang pelancaran perkhidmatan penumpang komersial yang disasarkan bermula pada 12 Disember 2026.
MRL dalam satu kenyataan menyatakan, Program Operasi Percubaan ini bertujuan menilai kesiapsiagaan operasi, kecekapan perkhidmatan, pengurusan stesen dan pengalaman penumpang dalam keadaan operasi sebenar.
Operasi percubaan ini bermula sejak 7 November hingga 2 Disember 2026, program ini meliputi perjalanan dari Gombak ke Kota Bharu dan sebaliknya, serta merangkumi perkhidmatan ekspres dan transit. – KOSMO! ONLINE
















