Stacy sedia berlawan dengan suami sendiri, Akim Ahmad andai penyanyi itu terpilih menyertai GV13 menerusi tiket hot seats.

‘Teruja tengok muka Akim, mula-mula dia kata tak mahu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Juara Akademi Fantasia 6 yang juga peserta Gegar Vaganza Fantasia (GV13), Stacy mengakui teruja apabila suaminya iaitu Akim Ahmad berpeluang menjadi salah seorang peserta ‘hot seats’.

Menurut Stacy atau nama Islamnya Ummi Shaikhah Stacy Anam, 36, dia terkejut apabila melihat wajah suaminya terpampang di skrin sebagai salah seorang calon peserta ‘hot seats’.

“Saya memang teruja bila lihat ada wajah Akim. Saya sendiri menantikan detik ini. Agak susah untuk memujuk dia.

“Mula-mula dia kata tak mahu. Tapi mungkin bila dia tahu ada juara-juara lain yang tak dapat sertai, jadi dia terbuka untuk terlibat.

“Dia sama seperti saya. Kami sentiasa terbuka untuk belajar perkara baharu. Pentas GV adalah tempat terbaik untuk kami melaksanakan kreativiti dalam seni.

“Kalau ikutkan pencapaian dia sudah besar dalam industri biarpun dia bukan juara AF. Tetapi dia masih sanggup untuk sertai,” katanya ketika ditemui pada sidang media konsert GV13 minggu pertama, di Auditorium MBSA, di sini, semalam.

Namun kata Stacy, seandainya suaminya terpilih untuk sertai GV13, mereka terpaksa bersaing sesama sendiri biarpun tidur sekatil.

“Walaupun kami adalah pasangan suami isteri, tetapi kami suka berlawan sesama sendiri. Jadi saya sangat risau kerana pentas GV adalah sesuatu yang sangat serius. Nak ‘tag team’ tak boleh pula. Kita tengoklah macam mana nanti,” jelasnya.

Sementara itu, ditanya tentang perasaannya apabila berjaya meraih tangga pertama dalam persembahan semalam menerusi persembahan mantap menyampaikan lagu Aku Stacy, kata Stacy dia gembira kerana berjaya membuat persembahan dengan baik.

“Bila saya lihat ada dua peserta gimik iaitu Amir Masdi dan Sufie Rashid, mereka memberikan persembahan yang sangat hebat.

“Mereka berdua juara paling muda. Jadi saya rasa yang kena bagi yang lebih. Kena ‘mengamuk’,” katanya sambil ketawa. – TerKOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN