Sebuah kereta peronda polis terbabas selepas mengelak sekumpulan monyet di KM 4, Jalan Simpang Bukit Kepah-Tapah berhampiran Kampung Kepah, Hulu Terengganu hari ini.

Kereta peronda polis terbalik elak monyet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU TERENGGANU – Gara-gara mengelak sekumpulan monyet yang berkumpul di tengah jalan, dua anggota polis trafik cedera setelah kereta peronda dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas di Kilometer 4, Jalan Simpang Bukit Kepah–Tapah berhampiran Kampung Kepah di sini, hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 4.30 petang itu, mangsa, Muhammad Amirul Hafiz Ahmad, 26, patah tangan kaki manakala rakan sekerjanya, Khairil Azlan Abdul Latif, 44, pula cedera pada bahagian rahang.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Sharudin Abdul Wahab berkata, sewaktu kejadian, kedua-dua anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu sedang meronda bagi melaksanakan penguatkuasaan trafik.

Beliau berkata, kereta peronda polis terbabit dalam perjalanan ke Kuala Berang dari Simpang Bukit Repah, di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta peronda polis dinaiki mereka terserempak dengan sekumpulan monyet yang berlonggok di tengah jalan.

“Tindakan mahu mengelak merempuh haiwan liar terbabit menyebabkan kereta peronda polis itu hilang kawalan lalu terbalik beberapa kali sebelum terbabas ke tepi jalan,” katanya di sini hari ini.

Sharudin berkata, kedua-dua mangsa telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Hulu Terengganu, di sini, untuk menerima rawatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN