BANGKAI peswat ringan selepas terhempas dan terbakar di sebuah lebuh raya di Jerman baru-baru ini. - DPA

Dua maut pesawat ringan terhempas di lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BERLIN – Dua orang maut selepas pesawat ringan dinaiki mereka terhempas di sebuah lebuh raya di timur laut Magdeburg, Jerman, lapor agensi berita DW. 

Nahas itu menyebabkan semua lorong menghala ke Hannover di salah tahu laluan utama timur-barat Jerman ditutup. 

Polis mengesahkan tiada kenderaan lain di jalan raya yang terlibat. 

Pesawat berkenaan terhempas sekitar pukul 2.48 petang (waktu tempatan) di antara bandar Burg dan kawasan rehat lebuh raya Krahenberge.

Ia kemudian terbakar dan pasukan penyelamat menemukan kedua-dua penumpang dalam keadaan tidak bernyawa. Punca kemalangan masih belum diketahui.

Lebuh raya A2 menghubungkan kawasan metropolitan Berlin dengan negeri paling padat dengan penduduk, North Rhine-Westphalia, dan merupakan laluan utama untuk trafik merentasi Jerman. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN