Tangkap layar rakaman seorang lelaki memegang senjata sedang mengejar seseorang.

[VIDEO] Cemas nampak lelaki pegang pistol di Bukit Tunku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tiga wanita berdepan detik mendebarkan apabila terserempak dengan seorang lelaki bertopi keledar sambil memegang objek menyerupai pistol di persimpangan lampu isyarat di Bukit Tunku semalam.

Menerusi video yang tular di Threads, ketiga-tiga wanita itu dilihat berada di dalam sebuah kereta sebelum menyedari kelibat lelaki terbabit yang dipercayai sedang mengejar seseorang.

Kehadiran lelaki berkenaan secara tiba-tiba di tengah jalan menyebabkan pemandu kenderaan itu cemas dan mengundurkan keretanya bagi mengelak menghampiri lelaki berkenaan.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna turut tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku selain turut bimbang dengan keselamatan orang awam di sekitar kawasan itu.

“Pakai helmet tu anggota rasanya .. kawasan Bukit Tunku ramai orang kenamaan dan elit menetap, situ banyak anggota meronda,” kata Syuaf.

“Jangan panik dik sbb bila kau panik takut terlanggar pulak orang lain ..Naya kes, berhentikan saja kereta kalau penjenayah tu langgar kau pon kau boleh tuntu insuran,” kata Chefframbo.

“Walau cemas tapi boleh baca doa dan bertindak dengan pantas selamatkan diri,” kata Nyza.- KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN