SEORANG penunggang motosikal melalui lopak air di jalan masuk ke laluan motosikal di Lebuh Raya Persekutuan di Petaling Jaya.

Setiap kali hujan, jalan digenangi air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Saudara Pengarang,

Sebagai pengguna laluan motosikal di Lebuh Raya Persekutuan setiap hari, saya teruja apabila beberapa penambahbaikan telah dilakukan oleh kerajaan dalam memberi keselesaan kepada penunggang motosikal.

Projek penambahbaikan sepanjang 48 kilometer (km) bagi kedua-dua arah di daerah Petaling dan Klang itu meliputi penurapan jalan, pemasangan lampu solar dan baik pulih longkang dianggar melibatkan kos RM20 juta.

Terima kasih di atas keprihatinan kerajaan terhadap nasib kira-kira 35,000 penunggang motosikal yang berulang-alik setiap hari melalui laluan tersebut untuk mencari rezeki buat keluarga.

Cuma satu, mungkin pihak berwajib terlepas pandang terdapat masalah yang belum selesai sejak sekian lama iaitu jalan masuk ke laluan motosikal menuju Kuala Lumpur berhampiran Hotel Sheraton, Petaling Jaya yang dinaiki air setiap kali hujan.

Bagi penunggang motosikal yang turun ke laluan itu dari arah Hotel Hilton dikhuatiri boleh berlaku kemalangan.

Mungkin sistem saliran di kawasan itu tersumbat atau struktur laluan rendah menyebabkan aliran air tidak mengalir dengan lancar.

Hujan lebat berterusan terutama pada permulaan Monsun Timur Laut sekarang memburukkan lagi keadaan terutama di waktu puncak ketika pulang dari kerja.

Keadaan ini boleh menyebabkan kemalangan apabila penunggang motosikal di belakang gagal memberhentikan kenderaan dan merempuh motosikal yang berhenti atau terbabas di kawasan berair tersebut.

Pihak berwajib perlu mencari solusi terbaik menyelesaikan masalah ini.

Pengguna risau
Petaling Jaya, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN