fbpx
ORANG ramai beratur dengan harapan dapat mengeluarkan simpanan mereka selepas BCP menutup Ueno Bank di Asuncion pada Selasa lalu. – AFP

3 juta pelanggan tidak dapat keluarkan wang, Ueno Bank ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ASUNCION – Bank Pusat Paraguay (BCP)  mengarahkan campur tangan terhadap bank digital,  Ueno Bank selepas mendapati nisbah kecukupan modalnya jatuh di bawah  50 peratus daripada tahap minimum yang ditetapkan, lapor stesen penyiaran BBC

Krisis itu menyebabkan dana kerajaan serta simpanan berjuta-juta pelanggan dan pesara terpaksa dibekukan.

Keputusan yang diumumkan  pagi Selasa lepas itu dicapai secara sebulat suara oleh lembaga pengarah bank pusat dan mencetuskan penutupan penuh semua perkhidmatan Ueno Bank.

Para pengguna melaporkan bahawa mereka tidak dapat melakukan sebarang transaksi menerusi mesin ATM mahupun platform perbankan dalam talian.

“Kami telah meneruskan penutupan entiti ini, Justeru, tidak kira aplikasi, kad, mahupun sebarang perkhidmatan entiti ini tidak lagi aktif bermula dari tarikh ini,” kata ahli Lembaga Pengarah BCP,  Liana Caballero dalam satu sidang media.

Ueno merupakan salah sebuah bank terkemuka di Paraguay, manakala  mengikut perangkaan mereka sendiri, mempunyai 3 juta pelanggan  atau bersamaan 60 peratus  populasi dewasa Paraguay. 

Bank itu juga menguruskan lebih daripada AS$800 juta (RM3.2 bilion) wang awam, yang merangkumi kira-kira AS$380 juta (RM1.5 bilion) pelaburan daripada dana pencen negara  Paraguay iaitu Institut Keselamatan Sosial.

Bank Pusat telah mengaktifkan proses resolusi, di mana kesemua aset dan liabiliti bank tersebut dibekukan sehingga keputusan dimuktamadkan mengenai nasib aset berkenaan serta bagaimana dan sejauh mana obligasi entiti itu akan dilindungi.

Presiden Bank Pusat, Carlos Carvallo, memberi jaminan ‘institusi ini akan memaklumkan mengenai mekanisme pemulihan dana bagi penyimpan yang dilindungi oleh jaminan deposit.’

Dana Jaminan Deposit Paraguay hanya melindungi simpanan sehingga 228 juta guaraní bagi setiap individu (RM149,928). –  AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN