fbpx
RAMAI ibu bapa di AS kini memilih untuk menggunakan nama klasik untuk anak mereka. - Maskot/Getty Images

Nama klasik kembali popular, Eliana masuk senarai 10 teratas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Nama bayi klasik kembali menjadi pilihan ibu bapa di Amerika Syarikat (AS) apabila Evelyn, Eliana dan Elias berjaya menduduki senarai 10 nama bayi paling popular pada tahun ini, lapor saluran berita Mirror UK.

Menurut platform keibubapaan BabyCentre, Evelyn menduduki tangga kesembilan bagi kategori bayi perempuan, manakala Eliana berada di kedudukan kedua.

Evelyn yang sebelum ini lebih dikenali sebagai nama lelaki dan nama keluarga kini semakin popular sebagai nama bayi perempuan.

Bagi kategori bayi lelaki, Elias  memasuki senarai 10 teratas buat kali pertama dengan menduduki tangga ketujuh, manakala nama Elijah berada di kedudukan keempat.

Elias yang pernah popular pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 kini kembali mendapat perhatian, seiring nama klasik lain seperti Silas, Theodore dan Arthur. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN