fbpx
Sebahagian kayu gaharu yang dirampas di dalam sebuah rumah dan kilang lama di Kampung Baharu Cherang Hangus, Chiha Tinggi dekat Pasir Mas semalam. Foto PGA

Dua beranak dicekup simpan kayu gaharu RM3.47 juta tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR MAS – Seorang wanita dan anak perempuannya dicekup selepas dipercayai menyimpan sebanyak 197 batang kayu gaharu dan 310.8 kilogram (kg) kepingan kayu tersebut yang dianggarkan bernilai lebih RM3.47 juta tanpa lesen di kawasan rumah mereka di Kampung Baharu Cherang Hangus, Chiha Tinggi di sini semalam.

Wanita warga Thailand yang berusia 54 tahun dan anaknya berumur 19 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 petang oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) yang menjalankan serbuan di rumah tersebut.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata, pemeriksaan lanjut pada bahagian dalam, luar rumah termasuk stor dan kilang lama bersebelahan kediaman tersebut membawa kepada penemuan pelbagai saiz serta kepingan kayu kayu gaharu.

Katanya, anggota PGA merampas sebanyak 197 batang kayu gaharu, 310.8 kg kepingan kayu sama, tujuh unit tong plastik dan 11 keping dokumen yang meragukan dengan anggaran keseluruhan lebih RM3.47 juta.

“Siasatan lanjut mendapati, rumah dan kilang lama bersebelahan kediaman tersebut pernah dijadikan sebagai tempat latihan Jabatan Perhutanan pada 2011 hingga 2015.

“Lokasi tersebut telah beroperasi sejak 2000 dan mempunyai lesen mengumpul kayu gaharu. Kesemua kayu tersebut diperoleh dari hutan dan tanah milik persendirian sekitar Kelantan sejak 2016 sebelum lesen atau permit memindah ditamatkan oleh Jabatan Hutan pada tahun yang sama,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad Radzi memberitahu, pemilik asal kilang yang merupakan suami kepada warga Thailand itu meninggal dunia pada 6 September lalu dan kesemua kayu gaharu tersebut diuruskan dan dijaga oleh keluarganya.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati, rumah dan kilang lama itu dikesan menyimpan kayu gaharu tanpa lesen atau permit yang sah.

Tambahnya, kedua-dua wanita itu dan kesemua barangan rampasan diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 84 Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN