fbpx
Keadaan kemalangan maut membabitkan seorang penunggang motosikal di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur hari ini.

Penunggang motosikal maut digilis lori di Jalan Tun Razak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia lingkungan 40-an maut selepas digilis sebuah lori dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan lori muatan pasir di Jalan Tun Razak di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.23 petang itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan menerusi Sistem NG999 sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul digerakkan ke lokasi.

Komander Operasi, PBK I Mohd Faizol Mat Jusoh berkata, seramai enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) tiba di lokasi pada pukul 4.34 petang.

“Seorang mangsa lelaki berusia lingkungan 40-an digilis lori dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN