fbpx
Gambar hiasan.

Wang pencen cikgu ‘licin’ kena kebas penipu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang pesara guru terpaksa melopong apabila wang simpanan pencennya berjumlah RM521,787 dikebas scammer selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud di Facebook.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Azrul Hisham Mohd. Shaffei berkata, mangsa berusia 67 tahun itu tertarik dengan iklan pelaburan berkenaan di Facebook pada 16 September lalu.

Beliau berkata, mangsa diarahkan perlu membuat pindahan wang ke akaun bank diberikan sebelum keuntungan dimasukkan terus ke akaun miliknya.

“Tertarik dengan tawaran itu, mangsa melakukan 16 transaksi pindahan wang secara dalam talian membabitkan enam akaun bank berbeza antara 17 September hingga 29 Oktober lalu.

“Keseluruhan wang yang dipindahkan berjumlah RM521,787 dan ia adalah wang simpanan peribadi mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Azrul Hisham berkata, mangsa diminta membuat bayaran atas pelbagai alasan termasuk modal pelaburan, pembukaan akaun, tandatangan gentian dan wang cagaran seperti diarahkan individu berkenaan.

Menurutnya, selepas semua bayaran dibuat, mangsa masih diminta membuat bayaran tambahan sebelum menyedari dirinya berkemungkinan menjadi mangsa penipuan.

“Mangsa kemudian enggan meneruskan pembayaran dan tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN