fbpx
Anwar melawat salah seorang mangsa banjir di PPS Dewan Siatan, Kampung Melayu Subang, Shah Alam. Foto ISKANDAR ISHAK 

Anwar mahu laporan RTB Selangor Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kesengsaraan penduduk Kampung Melayu Subang yang berulang kali berdepan banjir kilat mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengarahkan laporan terkini projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Selangor bernilai RM700 juta diserahkan kepadanya, Jumaat ini.

Anwar berkata, beliau mahu mendapatkan gambaran jelas mengenai status pelaksanaan projek terbabit, termasuk langkah yang boleh diambil bagi mempercepatkan kerja-kerja pembinaannya.

“Saya bimbang kerana sudah dua, tiga kali banjir berlaku (di Kampung Melayu Subang). Jadi untuk peringkat Kerajaan Persekutuan, saya akan minta laporan (RTB) Jumaat ini. Jumaat ini juga, Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Amirudin Shari) akan adakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Beliau juga akan minta laporan terkini projek tebatan banjir (untuk peringkat negeri),” katanya selepas melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Siantan, di sini hari ini.

Menurut Anwar, projek RTB Selangor dilaksanakan ketika ini, termasuk di Kampung Melayu Subang telah diluluskan dengan anggaran kos RM700 juta.

“Cuma kita (tengah cari cara) untuk mempercepatkan (projek ini siap). Soal bantuan kepada mangsa, tidak mengapa. Kita akan luluskan dan umumkan melalui kerajaan negeri serta Ahli Parlimen Sungai Buloh, R. Ramanan secepat mungkin,” tegasnya.

Terdahulu, Anwar meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat mangsa banjir Kampung Melayu Subang di PPPS Dewan Siatan.

Kosmo! semalam melaporkan Sebanyak 92 rumah terjejas akibat banjir yang melanda Kampung Melayu Subang di sini petang tadi, manakala tiga mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN