fbpx
Tangkap layar video memaparkan sebuah sekolah SRA di Kampung Melayu Subang dinaiki air petang ini.

[VIDEO] Air naik ketika calon UPKK jawab peperiksaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Calon Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) di sebuah sekolah agama di Kampung Melayu Subang berdepan detik mencemaskan apabila kawasan sekolah berkenaan dilanda banjir ketika mereka sedang menduduki peperiksaan, petang tadi.

Kejadian dipercayai berlaku susulan hujan lebat yang melanda beberapa kawasan di Lembah Klang sehingga menyebabkan air naik dan memenuhi dataran serta kawasan sekitar sekolah.

Menerusi beberapa rakaman yang tular di media sosial, kawasan sekolah berkenaan dilihat dinaiki air, malah tempias hujan turut dikatakan memasuki dewan yang digunakan calon untuk menduduki peperiksaan.

Rakaman berkenaan menunjukkan air memenuhi dataran sekolah sehingga ke bahagian kaki lima bangunan ketika hujan masih turun.

Situasi itu mendapat perhatian orang ramai yang meluahkan rasa simpati terhadap murid-murid yang terpaksa meneruskan peperiksaan dalam keadaan berkenaan.

Seorang pengguna Threads, @zurintahir berkata, dia mendoakan urusan calon yang sedang menduduki UPKK dipermudahkan meskipun berdepan keadaan banjir.

“Ya Allah anak-anak sedang menjawab exam UPKK diuji dengan banjir… Ya Allah permudahkan urusan mereka semua di SRA Kg Melayu Subang,” katanya.

Sementara itu, satu lagi rakaman yang dikongsikan menerusi status media sosial memaparkan keadaan dataran sekolah yang sudah digenangi air.

“Dataran pun banjir… kesian anak-anak tengah exam UPKK… tempias masuk dewan exam,” tulis pemilik video itu yang memuat naik di status WhatsApp.

Dalam pada itu, beberapa kawasan lain di Lembah Klang turut dilaporkan mengalami banjir kilat susulan hujan lebat petang ini.

Antara rakaman yang diterima menunjukkan jalan raya serta kawasan premis perniagaan dinaiki air sehingga menyukarkan pergerakan kenderaan.– KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN