fbpx
Nor Mahathir (dua dari kanan) melepaskan pasukan bomba yang akan bertugas sepanjang MTL pada Perhimpunan sukuan JBPM Terengganu di Kuala Terengganu hari ini.

Jangan ghairah kutip kerang, pantai bergelora berisiko

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Orang ramai tidak digalakkan untuk menghampiri pesisir pantai bagi mengutip kerang yang banyak terdampar di bawa ombak besar berikutan ketibaan Monsun Timur Laut (MTL) sejak minggu lalu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Nor Mahathir Muhamad berkata, pantai-pantai seluruh Terengganu tidak selamat untuk kunjungan pada musim tengkujuh ini berikutan kehadiran ombak besar dan keadaan laut bergelora.

“Beberapa hari lalu, seorang remaja berusia 13 tahun hampir lemas sewaktu mencari kerang di Pantai Rusila, Marang. Dia bernasib baik diselamatkan orang awam.

“Jangan dekati kawasan berisiko musim tengkujuh seperti pantai. Tarikan ombak yang menghempas amat kuat dan ditakuti akan melemaskan mereka yang leka mencari kerang,” katanya selepas merasmikan Perhimpunan Sukuan JPBM Terengganu, di sini, hari ini.

Kosmo! pada Jumaat lalu melaporkan Pantai Rusila menjadi tumpuan ramai sejak kelmarin berikutan kemunculan kerang berikutan ketibaan MTL.

Nor Mahathir berkata, selain pantai, orang ramai juga dilarang untuk melakukan aktiviti air di sungai, air terjun dan tasik sepanjang tempoh MTL berakhir Mac tahun depan.

Beliau berkata, masyarakat harus mematuhi arahan Jabatan Perhutanan yang telah menutup semua taman eko rimba di negeri ini sejak kelmarin.

“Kita juga akan melakukan pemantauan di lokasi berisiko itu bagi mengelak berlakukan kejadian tidak diingini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN