fbpx
Hugo Boumous muncul wira buat skuad Merah Kuning pada aksi bertemu Star City, sebentar tadi. - Foto ihsan Selangor FC

Liga Super: Selangor FC, Melaka FC lakar kemenangan dramatik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selangor FC terus mengukuhkan momentum dalam saingan Liga Super apabila mencatat kemenangan keenam berturut-turut selepas menewaskan Star City 1-0 di Stadium MBPJ, sebentar tadi.

Jaringan tunggal Hugo Boumous pada minit ke-16 sudah cukup untuk menghadiahkan tiga mata buat skuad kendalian Kim Pan-gon yang terpaksa berhempas pulas mempertahankan kelebihan tersebut.

Cabaran Selangor bertambah getir apabila kapten pasukan, Chrigor Moraes dilayangkan kad merah pada minit ke-81 selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR).

Bagaimanapun, skuad Gergasi Merah berjaya bertahan sehingga wisel penamat untuk memastikan rekod kemenangan sempurna dikekalkan apabila mengutip 18 mata maksimum selepas enam perlawanan.

Sementara itu, Melaka FC turut meneruskan momentum positif apabila mencatat kemenangan kedua berturut-turut selepas menundukkan Penang FC 2-1 di Stadium Bandaraya.

Abdel Kader Coulibaly meraikan jaringan yang dilakukan ke atas Penang FC, petang tadi. – Foto ihsan Melaka FC

Penang terlebih dahulu mendahului menerusi sepakan penalti Stefano Brundo pada minit ke-62 sebelum Kpah Sherman menyamakan kedudukan pada minit ke-72.

Abdel Kader Coulibaly kemudian muncul wira Melaka apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-90 untuk memastikan tiga mata menjadi milik pelawat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN