fbpx
KEADAAN SUV dinaiki ADUN Guar Chempedak dan anaknya selepas terlibat kemalangan di Ulu Sedaka, Yan, semalam. - Foto FACEBOOK KAKI JALAN 66

ADUN Guar Chempedak, anak cedera nahas dua kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

YAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak, Abdul Ghafar Saad dan anak lelakinya mengalami kecederaan akibat kemalangan di hadapan sebuah sekolah di Ulu Sedaka, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.41 pagi itu, ADUN terbabit menaiki kenderaan utiliti sukan Proton X50 yang dipandu anak lelakinya berusia 32 tahun.

SUV dinaiki dua beranak itu terbalik selepas terlibat kemalangan dengan Perodua Myvi.

Difahamkan, ADUN berkenaan dalam perjalanan untuk bersarapan bersama kumpulan Team GG Bikers dalam program Explore Ride Yan Kedah sebelum kejadian berlaku.

Timbalan Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Aikap Dunding berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 8.41 pagi.

Kata beliau, anggota kereta peronda polis terus ke lokasi kejadian untuk melakukan pemeriksaan dan tindakan awal.

“Kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Team GG Bikers menerusi satu hantaran di media sosial memaklumkan Abdul Ghafar sepatutnya menyertai mereka untuk bersarapan di Warung Lah Roti Canai sebelum program berkenaan.

Bagaimanapun, pegawai khas ADUN itu mewakili beliau untuk meraikan kumpulan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN