fbpx
Neelofa acapkali menjadi mangsa kecaman netizen setiap kali adiknya, Ameera Khan memuat naik posting seksi di media sosial.

Ameera Khan yang seksi, berhenti salahkan Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NAMA pempengaruh Ameera Khan sekali lagi menjadi bualan hangat dalam media sosial. 

Seperti biasa, penampilannya kembali menjadi modal perdebatan apabila beberapa netizen mempersoalkan pemilihan dres singkat sehingga menganggap imejnya terlalu seksi. 

Namun, Diva lebih pelik kenapa asyik Neelofa terkena tempias hanya kerana penampilan adiknya itu.

Ada pihak berterusan mempersoalkan mengapa bekas pengacara MeleTOP itu tidak menasihati adiknya supaya berpakaian lebih sopan.

Benar, Neelofa adalah kakaknya, tetapi tidak bermakna setiap tindakan Ameera perlu diletakkan di bahu isteri kepada pendakwah bebas Haris Ismail itu. 

Diva faham jika ada pihak mahu menegur soal kesopanan berpakaian, apatah lagi apabila seseorang memilih untuk berkongsi kehidupan secara terbuka tetapi biarlah ditujukan kepada individu berkenaan. Bukan mengheret ahli keluarga lain sebagai sasaran.

Jika benar mahu menasihati, gunakanlah bahasa berhemah dan bukannya membanding-bandingkan seseorang dengan ahli keluarganya. 

Akhirnya, setiap orang bertanggungjawab terhadap pilihan sendiri. 

DIVA: Sedap juga lagu baharu Haqiem Rusli. Terasa seperti kembali ke zaman lagu balada awal kemunculannya dahulu, penuh emosi dan menusuk kalbu!



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN