PELAJAR lelaki yang disyaki terlibat dengan kematian Irene Sofiya disambung reman enam hari lagi bermula esok hingga Khamis minggu depan. Foto oleh ADNAN IBRAHIM

Bunuh di sekolah: Reman pelajar lelaki disambung enam hari lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Reman pelajar lelaki Tingkatan Empat yang dipercayai terlibat dengan kematian Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, di dalam sebuah dewan sekolah di Yong Peng, di sini disambung enam hari lagi.

Majistret, Aimi Nawwar Mohamad Othman membenarkan perintah sambungan tahanan reman terhadap remaja berusia 16 tahun itu bermula hari esok hingga 15 Oktober depan.

Permohonan reman dibuat bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pada Ahad lalu, suspek ditahan reman selama enam hari bermula Ahad lalu dan berakhir hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 5.20 petang Sabtu minggu lalu, Allahyarham Irene Sofiya dijumpai berlumuran darah dalam dewan sebuah sekolah di Yong Peng dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah dibeberapa bahagian badan.

Nenek kepada pelajar perempuan itu dikatakan sempat meriba mangsa dan mengajar mengucap dua kalimah syahadah sebelum menghembus nafas terakhirnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN