Anthony berkata, lima penerbangan yang dijadualkan mendarat dan berlepas di LTAS, Kulai terjejas pagi ini ekoran masalah jarak penglihatan rendah, susulan keadaan jerebu.

Jerebu: Lima penerbangan ke Senai terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISKANDAR PUTERI – Lima penerbangan yang dijadual mendarat dan berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), Kulai terjejas ekoran jarak penglihatan rendah disebabkan masalah jerebu pagi ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, keadaan cuaca tidak mengizinkan itu menjejaskan operasi penerbangan berikutan pesawat tidak dapat mendarat atas faktor keselamatan.

Sehubungan itu, katanya, pesawat yang terjejas terpaksa dilencongkan ke lokasi lain termasuk ke Kuala Lumpur dan Changi, Singapura.

“Beberapa penerbangan memang terjejas pagi ini oleh kerana ‘visibility’ rendah di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Bukan sahaja tidak boleh mendarat, yang belum berlepas pun diminta untuk menunda penerbangan,” katanya

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Armada Lori Terminal Berkuasa Elektrik di Pelabuhan Tanjung Pelepas, di sini hari ini.

Menurut Anthony, penerbangan beliau dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang ke Senai terpaksa ditangguhkan selama satu jam 45 minit sebelum dibenarkan berlepas.

“Penerbangan saya turut terjejas. Sepatutnya saya berlepas pada pukul 7.15 pagi, tetapi selepas mendaftar masuk pada pukul 7 pagi, juruterbang memaklumkan pesawat tidak boleh mendarat di Senai.

“Maka kalau kita berlepas sekali pun, ia tetap tidak boleh mendarat jadi lebih baik kita menunggu di KLIA. Jadi kita menunggu hampir satu jam 45 minit sehingga pukul 9 pagi, baru berlepas,” katanya.

Setakat pukul 9 pagi tadi, sebanyak tujuh kawasan di Johor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat dengan Segamat merekodkan bacaan tertinggi iaitu 186; diikuti Pasir Gudang (180), Larkin (178) dan Tangkak (171). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN