Poster janaan AI yang dimuat naik @Hannaankhairy di media sosial dan perkongsian orang ramai menerusi ruang komen pada hantaran berkenaan.

Demi Tun M, orang ramai pakat nak pos surat beri semangat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tersentuh melihat kesedihan Tun Dr. Mahathir Mohamad susulan pemergian isteri tercinta, orang ramai mengambil inisiatif untuk mengirim surat dan kata-kata semangat kepada bekas Perdana Menteri itu.

Usaha berkenaan diusulkan bagi memberikan kekuatan kepada Tun Dr. Mahathir dalam menghadapi kehilangan insan tersayang, Allahyarham Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, Isnin lalu.

Seorang pengguna media sosial, @Hannaankhairy, mengajak orang ramai berkongsi kata-kata positif menerusi cara ‘klasik’ berkenaan bagi mengubati hati Tun Mahathir.

Menurutnya, kesedihan Tun Mahathir yang dilihat menangis ketika mengenang pemergian Allahyarham turut membuatkan dirinya sebak, malah mendapati ramai turut merasai kesedihan sama.

“Semalam bila tengok Tun M sedih, menangis buatkan aku sebak. Aku juga nampak ramai yang lain merasai kesedihan atau kehilangan itu. Aku nak cadangkan, mana yang berkelapangan, kongsikan kata-kata positif dan beri semangat kepada Tun Mahathir.

“Lagi ramai aku rasa lagi seronok. Nah, aku kongsi alamat untuk pos. Let’s go old school (Jom kembali kepada cara lama)! Kali ini, kita kongsikan kekuatan kita dengan Tun. You’re not alone (Tun tidak keseorangan)!,” katanya.

Menerusi pemerhatian Kosmo! di media sosial, seruan itu mendapat sokongan orang ramai yang menyatakan hasrat untuk bersama-sama mengirimkan surat sebagai tanda sokongan dan simpati kepada Tun Dr. Mahathir.

Malah pada ruangan komen, ada juga yang berkongsi telah pun berbuat demikian.

“Saya pun ada terfikir nak tulis surat nak bagi kata-kata semangat, tapi tak tahu alamat. Terima kasih, Threads awak tepat pasa masanya,” ujar @Arloonanuar.

“Idea bagus! Tun orang lama, cara ambil hati dia patut guna cara klasik juga. Saya pun meminati Tun berdua sejak kecil, tak pernah terfikir nak beritahu yang kita sayang mereka berdua,” komen @Lalisa.dimashzhan.

“Sekarang juga aku tulis, esok pos. Terima kasih,” kongsi @Julitmf. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN