PUTRAJAYA- Jenazah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya pada petang ini.
Berdasarkan maklumat dikongsikan kepada media, Tun Siti Hasmah akan dibawa ke Putrajaya selepas solat jenazah dilaksanakan seusai Asar di Masjid As Syarif, Taman Sungai Besi Indah, Kuala Lumpur.
“Allahyarham Tun Siti Hasmah akan disembahyangkan selepas Asar hari ini dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Presint 20, Putrajaya,” kata kenyataan itu hari ini.
Terdahulu, jenazah Tun Siti Hasmah yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dibawa ke kediamannya di The Mines, Seri Kembangan.
Jenazah akan dimandikan di rumahnya sebelum dikebumikan.
Tun Siti Hasmah yang berusia 100 tahun, meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi tadi.
Beliau dilahirkan pada 12 Julai 1926 di Kampung Jawa, Klang, Selangor dan merupakan anak keenam daripada 10 beradik. – KOSMO! ONLINE
















