KAPAL KM Yukai itu karam di Pulau Seture di Labuan Bajo, wilayah Nusa Tenggara Timur semalam. - Polis Manggarai Barat

Kapal bawa pelancong di Labuan Bajo karam,13 selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seramai 13 pelancong dan enam kru  diselamatkan selepas kapal dinaiki mereka karam akibat terlanggar terumbu karang di Labuan Bajo, wilayah Nusa Tenggara Timur, lapor laman berita The Bali Times. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 6.30 pagi (waktu tempatan) ketika kapal KM Yukai berlayar dari Pulau Kelapa menuju Pulau Bidadari untuk aktiviti menyelam (snorkeling) semalam. 

Polis Manggarai Barat berkata, kapal itu melanggar terumbu karang di perairan cetek berhampiran Tanjung Sture ketika air laut surut. 

Kemalangan mengakibatkan air masuk ke dalam kapal yang akhirnya karam. Ia membawa 19 orang termasuk 13 pelancong dan enam kru. 

Mereka kemudian dipindahkan dengan menaiki bot penyelamat sebelum dibawa ke Marina Labuan Bajo. 

Berdasarkan siasatan awal, kapten kapal disyaki gagal mengesan terumbu karang di perairan cetek serta penanda navigasi perairan dengan betul. 

Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN