Hantaran ucapan takziah yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim, pagi ini.

Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah pemergian Tun Dr Siti Hasmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, pagi ini.

Seri Paduka Baginda berdua, turut mendoakan mendoakan agar Allahyarhamah dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

“Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarhamah diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan tersayang,” titah Seri Paduka Baginda, hari ini.

Terdahulu media melaporkan, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia hari ini di Institut Jantung Negara, pagi ini.

Allahyarham Dr Hasmah, menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun dan meninggalkan tujuh anak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN