fbpx
Keadaan jengkaut yang terbalik ketika melakukan kerja pembersihan di Tasik Bera.

Lelaki lemas, jengkaut terbalik di Tasik Bera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BERA – Seorang pemandu jengkaut yang sedang melakukan kerja pembersihan Tasik Bera maut selepas jentera dikendalikannya terbalik di dalam tasik berkenaan.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu mangsa, Alief Daniel Haqim Abdullah, 26, lemas selepas terperangkap di dalam jengkaut yang terbalik di dalam tasik berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, bomba yang tiba di lokasi kejadian mendapati terdapat sebuah jengkaut terbalik yang mana seorang lelaki dewasa berjaya menyelamatkan diri manakala seorang lagi dikhuatiri lemas.

“Pasukan bomba membuat pencarian menggunakan bot di sekitar kawasan jengkaut terbalik tersebut dan anggota bomba kemudiannya membuka pintu jengkaut.

“Mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 4 petang yang mana mangsa didapati tidak sedarkan diri dan akan dibawa ke darat,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polisuntuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN