PENYEDIAAN ruang solat yang bersih dan selamat adalah satu nilai tambah kepada restoran dalam menarik pelanggan. – JANAAN AI

Luahan Pembaca: Restoran gah tetapi surau sekadar ada?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAUDARA PENGARANG,

Restoran, kedai makan yang menyediakan kemudahan surau adalah satu nilai tambah dalam menarik pengunjung untuk menjamu selera di sana.

Lebih-lebih lagi apabila ruang ibadah yang disediakan pengusaha sangat selesa dan selamat selain turut menempatkan ruangan untuk mengambil wuduk.

Perkara itu penting kerana pelanggan tidak perlu ke tandas selain memastikan soal kebersihan terjaga.

Bagaimanapun, terdapat restoran yang nampak mewah dengan hidangan yang sedap tetapi surau disediakan ala kadar.

Selain tidak diselenggara dengan baik, soal kebersihan juga tidak diambil berat.

Penulis pernah ke satu restoran mendapati di dalam surau ada air bertakung dan juga daun-daun kering.

Sebenarnya tidak perlu mewah, cukup ruang ibadah selesa dan bersih. Kepada peniaga mungkin anda terlepas pandang isu ini, masih belum terlambat untuk melihat semula kemudahan disediakan.

MUKMIN
Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN