Muhammad Syahir Mohd Rosdi membuktikan status antara tekong terbaik dunia selepas bantu skuad negara menewaskan Vietnam 2-0, sebentar tadi. - Foto ihsan MSN

Sukan Asia 2026: Golden Tigers teruskan momentum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Skuad lelaki sepak takraw negara membuka kempen Sukan Asia 2026 dengan langkah kanan apabila menewaskan Vietnam 2-0 dalam aksi pertama Kumpulan B temasya Sukan Asia 2026 di, Paloma Mizuho Arena, Nagoya sebentar tadi.

Turun dengan gandingan Muhammad Afifuddin Mohd Razali selaku perejam, Aidil Aiman Azwawi (feeder) dan Mohammad Syahir Mohd Rosdi (tekong), skuad Golden Tigers tampil kemas untuk mengawal permainan sejak awal.

Malaysia tidak berdepan masalah besar pada set pertama apabila berjaya mengatasi Vietnam 15-9 untuk berada dalam posisi selesa.

Namun, Vietnam bangkit memberikan tentangan lebih sengit pada set kedua apabila kedua-dua pasukan saling mengejar mata.

Skuad negara tetap tenang pada detik penting sebelum menamatkan perlawanan dengan kemenangan 17-15 sekali gus mengesahkan kemenangan 2-0.

Kejayaan itu menyaksikan Malaysia meraih permulaan positif dalam usaha memburu kedudukan terbaik Kumpulan B menjelang aksi kedua menentang Myanmar esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN