fbpx
Anggota bomba cuba mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit di dalam mesin pengisar daging di Kawasan Perindustrian Ringan Bercham di Ipoh hari ini.

Tangan kanan remaja lelaki tersepit mesin pengisar daging

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seorang remaja Orang Asli berdepan detik cemas apabila tangan kanannya tersepit dalam mesin pengisar daging dalam kejadian di sebuah kilang ayam di Kawasan Perindustrian Ringan Bercham, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 4.41 petang.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, mangsa yang berusia 19 tahun berada dalam keadaan sedar dengan tangan kanannya berada di dalam mesin tersebut.

“Ketua operasi meminta bantuan pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk melakukan bius pada tangan mangsa kerana dia mengalami kesakitan ketika operasi dijalankan.

“Pihak bomba kemudian melakukan penilaian sebelum mengaplikasikan konsep Saver bagi mengeluarkan tangan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk memisahkan dan memotong mesin pengisar hingga ke bahagian acuan mata pengisar.

Bagaimanapun, katanya, usaha mengeluarkan tangan remaja itu tidak berjaya kerana acuan mata pengisar diperbuat daripada keluli tahan karat selain keadaan mangsa yang semakin lemah.

“Selepas perbincangan dibuat dengan pasukan KKM, mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN