fbpx
Gambar kesesakan Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan yang dikongsi pengguna di aplikasi Threads.

[VIDEO] ‘Seremban ke Johor ‘jem’ seperti musim raya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke arah selatan dilaporkan sesak petang tadi bermula dari Seremban.

Keadaan tersebut sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi pengguna di aplikasi Threads yang menyifatkan kesesakan tersebut seperti musim perayaan.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, seorang pengguna dikenali sebagai mhd_sfwn1303 memaklumkan kesesakan tersebut bermula dari Seremban menghala le Johor.

“Dari Seremban mengarah ke Johor macam balik raya,”tulis individu itu.

Berdasarkan klip video yang dikongsi individu itu, kelihatan aliran trafik bergerak bergerak perlahan di semua lorong.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa pengguna turut berkongsi situsasi sama dialami semasa berada di lebuh raya terbabit petang tadi.

“Yang jem tu nak ke Johor tadi ade dua biji lori kat kawasan Sedenak besar dan panjang halang sebelah jalan mungkin rosak,”tulis Annefatieha.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Safuera.

“Sama la dari Johor ke Seremban macam nak raya juga, dorang buat lampu jalan, baru lepas Seremban,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN