fbpx
ZIDANE mengharapkan penampilan pertamanya sebagai pengendali Perancis berakhir dengan penuh manis berdepan Turkiye awal pagi esok. - AFP

UNL: Zidane harap debut sempurna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ANKARA – Pengendali baharu Perancis, Zinedine Zidane tidak mahu dirinya dihimpit tekanan melampau dan keutamaan sekarang adalah memastikan kemenangan mampu diraih dalam setiap perlawanan.

Zidane akan melakukan debutnya selaku ketua jurulatih Les Bleus pada aksi pertama Piala Negara-Negara Eropah menentang Turkiye, awal pagi esok.

Legenda Perancis itu menjelaskan matlamatnya kini semakin jelas dan bertegas skuad kendaliannya kini makin matang untuk bersiap sedia bagi mendapatkan keputusan lebih positif.

“Tiada perkara lain lagi yang bermain di minda saya kecuali memenangi perlawanan. Orang bercakap tentang Kejuaraan Eropah dan Piala Dunia namun saya adalah individu yang kompetitif, hanya kemenangan menjadi idaman saya.

“Itu adalah satu-satunya yang saya mahukan dan saya mahu serap kemahuan itu ke dalam pasukan. Untuk aksi menentang Turkiye, tiada apa-apa lagi yang diharapkan, saya pastinya mahukan kemenangan,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai sasarannya bersama pasukan, Zidane akan memanfaatkan segala-galanya ruang untuk memastikan perancangan pasukan berjalan lancar.

“Saya ada tempoh empat tahun dan saya akan lakukan segala-galanya. Saya sudah menanti sekian lama untuk lalui detik seperti ini dan ia adalah cita-cita saya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN