fbpx

Treeletrik tembusi pasaran Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Viswananthan bersama motosikal elektrik keluaran syarikatnya yang bakal dijual di pasaran Indonesia tahun ini.

KUALA LUMPUR – Pengeluar kenderaan elektrik tempatan, Tree Technologies Sdn. Bhd. (Treeletrik) menandatangani perjanjian perkongsian untuk membekalkan 200,000 unit motosikal elektrik ke Indonesia me­lalui pengedar, PT Pasifik Sakti Enjiniring dan Nahdatul Ulama Board.

Perjanjian selama tiga tahun itu bakal menyaksikan pembekalan minimum 10,000 motosikal elektrik tahun ini, sebelum jumlah tersebut bertambah kepada sehingga 90,000 unit pada 2022 dan sehingga 100,000 unit pada 2023, dengan nilai keseluruhan AS$274 juta (RM1.13 bilion).

Ia melibatkan rangkaian motosikal elektrik baharu Treeletrik yang menampilkan teknologi penukaran bateri lithium pantas. Pada kelajuan purata antara 65-90 kilometer (km) sejam, motosikal tersebut memiliki jarak pemanduan 85km hingga 120km.

Treeletrik menerusi siaran akhbar yang dikeluarkan semalam berkata, menerusi perjanjian itu, produk motosikal ­elektrik keluarannya bakal menjadi sebahagian daripada portfolio jualan PT Pasifik Sakti Enjiniring yang kini mengendalikan jenama motosikal elektrik Molinus, singkatan daripada Motor Listrik Nusantara.

“Projek kerjasama juga sedang dirancang bersama PT Pasifik Sakti Enjiniring untuk menubuhkan kilang pemasangan di Indonesia, yang bakal menyumbang secara positif kepada ekonomi menerusi pengembangan bakat, peluang pekerjaan dan pemindahan teknologi.

“Selari dengan inisiatif kerajaan Indonesia untuk mempercepatkan Program Kenderaan Bermotor Elektrik Berasaskan Bateri, pihak negara itu optimis de­ngan kekuatan permintaan dan yakin dapat menjual ke­semua 200,000 unit menjelang akhir 2023,” katanya.

Selain memanfaatkan alam sekitar, motosikal Treeletrik turut menawarkan penjimatan kos jangka panjang kepada pengguna dengan anggaran penjimatan lebih 50 peratus dalam kos penyelenggaraan dan penggunaan harian.

Pada anggaran perjalanan purata 70,000km selama tiga tahun, motosikal tersebut hanya memerlukan kos antara satu hingga dua sen untuk setiap km perjalanan, berdasarkan blok tarif ter­tinggi Tenaga Nasional Bhd. pada RM0.571/kilo watt jam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Treeletrik, Datuk Viswananthan Menon berkata, pihaknya berbesar hati dapat meluaskan usaha menyediakan pilihan pengangkutan yang bersih, selamat dan mampu milik ke peringkat serantau menerusi kerjasama berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI