fbpx
Gambar hiasan

6 negeri dijangka ribut petir hingga petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di lima negeri termasuk Perlis, Kedah, Perak, Melaka dan Johor serta seluruh Pulau Pinang dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga petang ini.

Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), amaran berkenaan melibatkan seluruh negeri Perlis dan Pulau Pinang.

Di Kedah, kawasan yang terlibat ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Yan, Kuala Muda, Bandar Baharu, Kulim, Baling dan Sik.

Sementara itu, di Perak membabitkan Kerian, Selama, Larut Matang dan Manjung.

Di Melaka pula, amaran melibatkan Melaka Tengah dan Jasin, manakala di Johor merangkumi Muar, Batu Pahat, Kluang dan Tangkak.

METMalaysia memaklumkan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” menurut METMalaysia.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN