fbpx
ADIK Elnaura Azzalea memerlukan baki RM80,000 untuk pembedahan jantung berlubang ketika ditemui di Seberang Perai semalam.

RM80,000 penyelamat nyawa bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Kegembiraan pasangan suami isteri menimang cahaya mata pertama selepas lima tahun mendirikan rumah tangga tidak berpanja­ngan apabila anak mereka di­sahkan menghidap kecacatan jantung kongenital.

Bayi perempuan berusia setahun setengah, Elnaura Azzalea Muhammad Syazwan dari Bayan Lepas itu mempunyai tiga lubang pada jantung dan memerlukan RM80,000 bagi menampung kos pembedahan.

Bapanya, Muhammad Anuar Syazwan Zafree, 32, berkata, masalah kesihatan anaknya mula dikesan selepas dilahirkan secara pembedahan apabila petugas kesihatan mendapati paras oksigen rendah.

Katanya, ketika Elnaura Azzalea berusia dua minggu, doktor turut mengesan bunyi degupan jantung yang tidak normal sebelum merujuknya ke hospital kerajaan untuk pemeriksaan lanjut.

“Hasil pemeriksaan mendapati dia mengalami kecacatan jantung kongenital, dengan tiga lubang pada jantung yang dikenali sebagai Moderate Perimembranous Ventricular Septal Defect.

“Oleh kerana saiz lubang pada ketika itu tidak besar, doktor berpendapat ia berkemungkinan tertutup sendiri semasa anak saya membesar dan diberikan ubat untuk mengawal keadaan,” katanya.

Namun, pemeriksaan susulan pada Jun lalu mendapati salah satu lubang pada jantung anak­nya semakin membesar sehingga enam milimeter.

“Doktor memaklumkan, kea­daan itu memerlukan pembedahan segera bagi menutup lubang berkenaan. Dua lagi lubang masih kecil dan perlu terus dipantau sebelum doktor menentukan kaedah rawatan seterusnya,” katanya lagi.

Menurut juruteknik itu, kea­daan itu menyebabkan dia dan isteri semakin bimbang kerana kos pembedahan yang tinggi, sedangkan mereka hanya mampu menyediakan RM3,000.

“Saya menjadi buntu kerana pembedahan perlu dibuat secepat mungkin sehingga terpaksa merayu bantuan dana.

“Tanpa pembedahan, jantungnya tidak mampu menanggung beban yang sekali gus boleh menyebabkan kegagalan fungsi dan tekanan darah tinggi pada arteri pulmonari selain mengancam nyawanya,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi One Hope Charity & Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, keluarga berkenaan memerlukan baki dana RM80,000 bagi membolehkan pembedahan Elnaura Azzalea dilakukan secepat mungkin.

“Masa depan bayi itu perlu diselamatkan,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Public Bank Berhad atas nama One Hope Charity & Welfare (3201428817) atau melalui laman web onehopecharity.org. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN