fbpx
Megat D. Shahriman bercakap kepada pemberita ketika menyambut ketibaan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan di Bilik Khas Tingkat 5, KLIA, Sepang, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

Tuanku Muhriz balik N9, cari penyelesaian kemelut negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dijangka pulang ke Negeri Sembilan malam ini bagi melihat dan menyelesaikan kemelut yang berlaku di negeri itu mengikut undang-undang.

Perkara itu disahkan Pengerusi Sekretariat Taat Setia Sokongan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin.

Megat D Shariman memaklumkan, Tuanku Muhriz dijangka tiba sekitar jam 9.50 malam.

Menurutnya, Tuanku Muhriz ialah pemerintah yang sangat dekat dengan rakyat dan baginda mahu memastikan kemelut diselesaikan dengan baik dan berdasarkan undang-undang yang ada.

“Tuanku Muhriz tidak mahu apa-apa berlaku. Baginda pulang malam ini untuk melihat dan menyesuaikan masalah yang berlaku.

“Apa yang dibuat oleh kesemua Exco ini adalah tidak bertanggungjawab dan saya rasa sebagai seorang Tuanku yang sangat rapat dan berjiwa rakyat memang ingin menyesuaikan kemelut ini dengan baik dan mengikut undang-undang yang ada,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam ini.

Mengulas lanjut, Megat D Sahriman berkata, semua pihak perlu menghormati proses undang-undang dan menunggu proses mahkamah.

Menurutnya, tindakan beberapa pihak mencetuskan kemelut ini boleh disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab justeru, beliau menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya mengikut lunas undang-undang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN