fbpx
AB Ghani bersama barisan Exco FAM selepas berakhir Kongres Luar Biasa di Petaling Jaya, hari ini. - Foto ISKANDAR ISHAK/KOSMO!

Tunku Mahkota Ismail ucap tahniah kepada ‘kabinet’ FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Ab Ghani Hassan selepas dilantik menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu, hari ini.

Tunku Mahkota Ismail menzahirkan ucapan itu menerusi ciapan di laman X, selepas Kongres Luar Biasa FAM berakhir pada tengah hari tadi.

“Tahniah kepada Datuk Ab Ghani Hassan dan barisan kepimpinan baharu FAM yang menerima kepercayaan jelas dari delegasi-delegasi bagi menerajui bola sepak Malaysia,” titah Tunku Mahkota Ismail.

Sebagai rekod, Ab Ghani diangkat sebagai Presiden FAM yang ke-9 selepas meraih 20 undi untuk mengatasi Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar yang mendapat lima undi.

Ab Ghani bakal dibantu oleh Naib Presiden 1, Datuk Seri Rosmadi Ismail dan Datuk N. Saaran yang memenangi jawatan Naib Presiden 3.

Tiga jawatan Ahli Jawatankuasa Eskekutif (EXCO) Kelab Bola Sepak (FA) dimenangi Mohd Azizudin Mohd Shariff, Datuk Azhar Jamaluddin dan Datuk Alijus Sipil.

Datuk Kamarudin Hassan dan Datuk Syed Mahadi Syed Hassan pula memenangi kerusi EXCO Kelab Bola Sepak (FC), manakala Datuk Zainal Abidin Hassan dan Datuk Suraya Yaacob memenangi jawatan EXCO Profesional dan EXCO Wanita. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN