fbpx
Keadaan sebuah kereta terjatuh ke dalam sungai setinggi tiga meter di Kampung Mayon di Chengkau, petang tadi. FOTO/ NOR AINNA HAMZAH

Kereta berpusing sebelum terjunam dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Seorang pemuda terselamat selepas kereta dipandunya terjatuh ke dalam sungai sedalam lebih tiga meter ketika melalui jambatan di Kampung Mayon, di Chengkau, petang tadi.

Bapa mangsa, Samsuri Musa, 52, berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 petang membabitkan anak sulungnya, Mohammad Daniel Hakimi Samsuri, 22.

Menurutnya, ketika kejadian, anaknya yang memandu kereta jenis Proton Saga BLM dalam perjalanan dari Rembau untuk pulang ke rumah sebelum keluar bekerja.

“Ketika melalui jambatan, kereta terlanggar bonggol menyebabkan hilang kawalan. Selepas itu, kereta berpusing dan menghadap sungai sebelum terus jatuh ke dalam sungai,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi, di Kampung Mayon, di sini, hari ini.

Samsuri berkata, anaknya dipercayai sempat beristighfar sebelum berjaya keluar sendiri dari kenderaan berkenaan dan berjalan pulang ke rumah yang terletak kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

Mangsa kemudian dibawa ke hospital terdekat untuk mendapatkan rawatan, manakala kereta Proton Saga berkenaan masih berada di dalam sungai sehingga pukul 5 petang tadi. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN