![]() |
KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 November 2026 /PRNewswire/ — Mitrade, broker CFD global yang berkembang pesat, mengakhiri tahun ini dengan prestasi kukuh, menarik hampir 1.7 juta pengguna baharu manakala volum dagangan di seluruh kumpulan melonjak 44%. Pada tahun 2026, syarikat meneroka pasaran baharu dan memperkukuh kedudukannya dalam pasaran sedia ada, menambah baik platformnya berdasarkan cara pedagang di setiap rantau mengharungi pasaran yang amat tidak menentu.
Pertumbuhan tersebut didorong oleh penambahbaikan operasi, perlindungan dan sokongan pelanggan Mitrade, serta reputasi yang semakin kukuh:
1. Lesen baharu Kategori 5 Pihak Berkuasa Pasaran Modal (CMA) pada bulan Mac, memberikan Mitrade kedudukan yang dikawal selia di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
2. Memperluas rangkaian instrumen CFD kepada lebih 1,100, berbanding 800 sebelum ini, dengan saham dan dana dagangan bursa (ETF) AS terpilih kini boleh didagangkan di luar waktu dagangan biasa AS
3. Melanjutkan waktu sokongan pelanggan tempatan daripada 24/5 kepada 24/7
4. Insurans lebihan kerugian secara sukarela, tanpa kos tambahan, kini tersedia kepada pelanggan yang layak di bawah lesen CySEC, CIMA, FSCA dan FSC
5. Menerima 13 anugerah industri, menjadikan jumlah keseluruhannya 69
Mengulas mengenai prestasi tahun ini, Kevin Lai, Naib Presiden Mitrade Group, berkata, "Di seluruh Asia, generasi baharu memasuki pasaran menerusi telefon mereka dan bertindak balas terhadap berita dalam masa nyata. Faktor yang mengekalkan kesetiaan pedagang ialah broker yang kekal boleh diharapkan apabila pasaran bergerak pantas dan menjadi sukar diramal. Kami berterima kasih kerana semakin ramai daripada mereka memilih Mitrade sepanjang tahun lalu."
Dinobatkan sebagai Broker AI Terbaik Tahunan oleh Global Business Magazine dan penerima anugerah Pengalaman Dagangan Terbaik oleh Global Forex Awards, Mitrade melangkah ke tahun 2027 dengan kebolehpercayaan sebagai teras perkhidmatannya kepada pedagang Asia.
Latar Belakang Mitrade
Mitrade ialah platform dagangan CFD yang diiktiraf di peringkat global dan memenangi pelbagai anugerah, dengan lesen daripada CIMA di Kepulauan Cayman (SIB1612446), FSC di Mauritius (GB20025791), ASIC di Australia (AFSL398528), FSCA di Afrika Selatan (FSP 54842), CMA di UAE (20200000397) dan CySEC di Cyprus (CIF438/23). Kumpulan ini mendemokrasikan akses kepada pasaran, menghubungkan lebih 8 juta pedagang dengan lebih 1,100 derivatif OTC, termasuk indeks, pertukaran asing, komoditi, ETF dan saham.
Platform ini menawarkan pelaksanaan dagangan dalam milisaat, spread yang kecil, mitigasi risiko termaju dan keserasian dengan pelbagai peranti, memastikan pengalaman dagangan intuitif yang disesuaikan dengan setiap pedagang.
Dagangan melibatkan risiko. Artikel ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan bukan merupakan nasihat kewangan, tawaran atau ajakan.
Layari https://www.mitrade.com untuk maklumat lanjut.
Sumber artikel: https://www.prnasia.com/asia-story/archive/5104283_MS04283_6















