Tangkap layar video memaparkan banjir kilat di i-City dan Seksyen 7, Shah Alam, petang ini.

[VIDEO] Seksyen 7, i-City jadi ‘lautan’, Shah Alam dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hujan lebat yang melanda Shah Alam, Selangor petang ini menyebabkan beberapa kawasan termasuk Seksyen 7 dan sekitar i-City dilaporkan dinaiki air sehingga menjejaskan pergerakan kenderaan.

Menerusi rakaman yang dikongsikan, beberapa kenderaan dilihat berada dalam kawasan dinaiki air, manakala terdapat laluan yang dipercayai sukar dilalui susulan kejadian banjir kilat berkenaan.

Seorang pengguna Threads, @shashidd_ menyifatkan keadaan di Seksyen 7 seolah-olah menjadi lautan selepas kawasan berkenaan dinaiki air.

“Seksyen 7 dah jadi lautan. Yang nak pergi Shah Alam tu batalkan niat kalau tak nak terperangkap dalam kesesakan,” katanya.

Sementara itu, pengguna @charlie.kilo.maggi berkata kejadian banjir kilat berlaku kira-kira pukul 2.46 petang tadi, khususnya di laluan keluar dari kawasan i-City.

“Pukul 2.46 petang tadi banjir kilat di kawasan i-City terutama laluan untuk keluar dari i-City. Kena lencong melalui kawasan belakang kilang Pharmaniaga untuk keluar. Semoga semua selamat,” katanya.

Dalam pada itu, pengguna @jacketpotato.sa turut berkongsi rakaman keadaan banjir di sekitar i-City yang memperlihatkan air keruh memenuhi sebahagian kawasan jalan raya.

“Info, info, i-City Shah Alam banjir,” tulisnya ringkas.

Selain itu, pengguna @feezproperty berkongsi rakaman dari sebuah bangunan tinggi yang memperlihatkan beberapa laluan di kawasan perindustrian turut dinaiki air, selain keadaan trafik yang kelihatan sesak. – KOSMO! ONLINE

 

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN